MeTaLoYaL

tHe diFFErent isnt AlwaYz better But THE besT is always Different..

Tuesday, May 22, 2018

SAHIH BUKHARI 6567 (7096) - FITNAH BERGELORA, 'UMAR PINTUNYA

(17)
بَابُ الفِتْنَةِ الَّتِي تَمُوجُ كَمَوْجِ البَحْرِ
Bab Fitnah Yang Bergelora Seperti Bergeloranya Lautan
Chapter: Al-Fitnah that will move like the waves of the sea

Monday, May 21, 2018

KELEBIHAN/KEUTAMAAN PUASA

(2)


بَابُ فَضْلِ الصَّوْمِ
Bab kelebihan / keutamaan puasa
Chapter: The superiority of As-Saum (the fasting)


Sahih Bukhari No. 1761

Sahih Bukhari No. 1894, (Fu'ad Abdul Baqi)



 أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

 الصِّيَامُ جُنَّةٌ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَجْهَلْ وَإِنْ امْرُؤٌ قَاتَلَهُ أَوْ شَاتَمَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ مَرَّتَيْنِ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ تَعَالَى مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ يَتْرُكُ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ وَشَهْوَتَهُ مِنْ أَجْلِي الصِّيَامُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا


Telah menceritakan kepada kami ['Abdullah bin Maslamah] daripada [Malik] dari [Abu Az Zanad] daripada [Al A'raj


Bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 

"Puasa itu perisai/benteng, Oleh itu (orang yang melaksanakannya) janganlah berbuat/bercakap kotor (rafats) dan jangan pula berperangai jahiliyyah (berbuat bodoh). Apabila ada orang yang mengajaknya berkelahi atau menghinanya maka katakanlah aku sedang puasa (ia mengulang ucapannya dua kali). Dan demi Tuhan yang jiwaku berada di tanganNya, sungguh bau mulut orang yang sedang berpuasa lebih wangi di sisi Allah Ta'ala daripada bau kasturi, kerana dia meninggalkan makanannya, minuman dan nafsu syahwatnya kerana Aku. Puasa itu untuk Aku dan Aku sendiri yang akan membalasnya dan setiap satu kebaikan dibalas dengan sepuluh kebaikan yang serupa".


Narrated Abu Huraira:

Allah's Messenger (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) said, 

"Fasting is a shield (or a screen or a shelter). So, the person observing fasting should avoid sexual relation with his wife and should not behave foolishly and impudently, and if somebody fights with him or abuses him, he should tell him twice, 'I am fasting." The Prophet (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) added, "By Him in Whose Hands my soul is, the smell coming out from the mouth of a fasting person is better in the sight of Allah than the smell of musk. (Allah says about the fasting person), 'He has left his food, drink and desires for My sake. The fast is for Me. So I will reward (the fasting person) for it and the reward of good deeds is multiplied ten times."


In-book reference : Book 30, Hadith 4
USC-MSA web (English) reference : Vol. 3, Book 31, Hadith 118
(deprecated numbering scheme)


Hadis Penguat :
Sahih Muslim 1943
Sunan Nasa'i 2197

Sunan Nasa'i 2198

Muwatha' Malik 602



Sunday, May 20, 2018

ROH ORANG YANG SUDAH MATI TIDAK BOLEH PULANG KE DUNIA

DALIL NAQLI DAN AQLI MENOLAK KHURAFAT PERCUTIAN ROH DALAM BULAN RAMADHAN.

Oleh: USTAZ Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.


Islam bukan milik Tuan Guru atau Pak Ustaz. Rujukan agama juga bukan semudah lafaz “DALAM KITAB ADA SEBUT SYEIKH!” Apa yang tertera dalam kitab atau yang diucapkan oleh orang agama tetap wajib dineraca-timbangkan dengan sumber asal agama iaitu al-Quran, Sunnah yang Sahih, Ijmak dan Kias. Apabila menyentuh aspek akidah, disiplinnya lebih ketat iaitu hanya al-Quran dan Sunnah yang sahih sumbernya. Usahkan Tuan Guru atau Pak Ustaz, Rasulullah SAW sendiri pun tidak dibenarkan mencipta sesuatu dakwaan atas nama agama melainkan dengan izin Allah:

قُلْ مَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُتَكَلِّفِينَ



Ertinya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak meminta kepada kamu sebarang bayaran kerana menyampaikan ajaran Al-Quran ini, dan bukanlah aku dari orang yang mengada-ngada (dakwaan kosong atas nama agama)" (Sad [38:86]).

Bahkan dalam ayat lain disebut, Rasulullah SAW sendiri akan dihukum jika memandai menggarap cereka agama tanpa izin Allah:


وَلَوْ تَقَوَّلَ عَلَيْنَا بَعْضَ الْأَقَاوِيلِ 
(44)

 لَأَخَذْنَا مِنْهُ بِالْيَمِينِ
 (45)

 ثُمَّ لَقَطَعْنَا مِنْهُ الْوَتِينَ
 (46)

 فَمَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ عَنْهُ حَاجِزِينَ
 (47)



Ertinya: Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan Al-Quran itu) mengatakan atas nama Kami secara dusta - sebarang kata-kata rekaan, - Sudah tentu Kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan Kami, Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya (supaya ia mati dengan serta-merta); Maka tidak ada seorangpun di antara kamu yang dapat menghalang (tindakan Kami itu) daripada menimpanya (al-Haqqah 69:44-47]).

Apa yang pasti, baginda sangat amanah dalam penyampaian wahyu kerana Allah menegaskan sifat amanah baginda dalam firman lain:


وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى
 (3)

 إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَى
 (4)


Ertinya: Dan dia (Rasulullah SAW) tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya (al-Najm [53:3-4]).

Prinsip mengutamakan dalil adalah “tulang belakang atau nyawa” agama yang wajib dijaga. Jika tulang ini patah atau bengkok, kesucian Islam akan tercemar dengan garapan manusia yang kuat berkhayal atau dipengaruhi anasir agama asing. Disiplin “DALIL, NAS, HUJAH DAN FAKTA” adalah perjuangan para ulama semenjak zaman sahabat sehingga kiamat. Antara anasir agama asing yang sangat popular di kalangan orang Melayu adalah kepercayan pulangnya roh orang yang sudah mati pada waktu tertentu seperti malam Jumaat dan bulan Ramadhan. Tidak kurang juga kepercayaan “hantu” yang didakwa berasal dari roh si mati yang tidak selesai urusannya, lalu dia pulang ke dunia bagi menyelesaikan dendam atau keadilan buat dirinya yang terbantut. Kepercayaan ini seakan bercanggah dengan keadilan mahkamah Allah di akhirat kelak. Si mati mahu segera mendapat keadian tanpa perlu menunggu balasan akhirat.

Menjelang Ramadhan, tazkirah media sosial tentang “KEPULANGAN ROH PADA BULAN RAMADHAN” mulai dikongsi ramai tanpa fikir. Tazkirah ini juga tidak disokong oleh nass atau dalil yang sahih. Ia disebar bagai ombak besar yang merempuh semua disiplin Islam. Akibatnya masyarakat awam yang tidak mengenal disiplin agama sekali lagi dirosakkan mindanya dengan cerita karut serta khurafat percutian roh pada bulan Ramadhan. Sesetengah orang pula bermatian mempertahankan kepercayaan ini walau tanpa dalil. Semoga Allah memberikan mereka hidayah.

Perlu ditegaskan, roh manusia yang sudah mati “TIDAK BOLEH SAMA SEKALI” pulang ke dunia. Mereka tidak pulang pada malam Jumaat, tidak juga pada bulan Ramadhan atau pulang menuntut bela sebagai hantu. Kepercayaan roh balik bukan dari ajaran Islam. Ia adalah pengaruh agama asing. Di sini saya berikan beberapa dalil, nass dan hujah bagi meruntuhkan dan meranapkan terus kepercayaan ini. Biar kepercayaan karut warisan turun temurun ini habis hancur lebur dan mati tanpa kubur. Ini hujahnya:

1) Perihal roh adalah rahsia Allah yang tergolong dalam urusan ghaib. Pengetahuan kita mengenainya pun sangat sedikit, jadi usahlah terlebih bijak dari Allah:

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا

Ertinya: Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "ROH ITU DARI PERKARA URUSAN TUHANKU; DAN KAMU TIDAK DIBERIKAN ILMU PENGETAHUAN MELAINKAN SEDIKIT SAHAJA" (al-Isra’ [17:85]).


Sebarang bicara mengenai yang ghaib seperti roh wajib bersandarkan sumber wahyu seperti al-Quran dan Hadith yang Sahih. Fahamilah disiplin ilmu Islam melalui Firman Allah ini:


قُلْ لَا يَعْلَمُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ وَمَا يَشْعُرُونَ أَيَّانَ يُبْعَثُونَ


Ertinya: Katakanlah lagi: “TIADA SESIAPAPUN DI LANGIT DAN DI BUMI YANG MENGETAHUI PERKARA YANG GHAIB MELAINKAN ALLAH!" Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati) (al-Naml [27:65]).


2) Allah menegaskan manusia yang mati akan terkurung dalam alam barzakh sehingga kiamat. Barzakh bermaksud “DINDING PEMISAH YANG MENGHALANG ROH SI MATI DARI KEMBALI KE DUNIA (Tafsir al-Jalalayn).” Firman Allah:



حَتَّى إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ
 (99)

 لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ كَلَّا إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا وَمِنْ وَرَائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ
 (100)

Ertinya: Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang antara mereka, dia berkata: " Wahai Tuhanku, kembalikanlah aku (hidup semula di dunia) - "Supaya aku mengerjakan amal yang soleh dalam perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja ucapkan, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (dinding pemisah yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat)” (al-mu’minun [23:99-100]).

3) Ni’mat yang diperolehi oleh roh orang beriman di alam barzakh jauh lebih besar dan lebih hebat. Apa perlunya mereka pulang ke dunia untuk melihat ni’mat dunia yang sungguh biasa? Jika dikata pulangnya mereka kerana mahu mengutip pahala-siswa hasil sedekah orang masjid atau anak cucu, maka kuasa Allah mengatasi segalanya. KuasaNya merentas alam. Doa yang dipanjatkan oleh keluarga roh si mati boleh terus disalurkan ke  alam barzakh tanpa perlu mereka pulang ke dunia.

4) “ALLAH SENDIRI MENEGASKAN” roh si mati tidak boleh pulang ke dunia sebagaimana kisah kesedihan seorang sahabat bernama Jabir bin Abdullah RA yang kematian bapanya dalam perang Uhud. Bagi memujuknya Rasulullah SAW bersabda:


أَفَلَا أُبَشِّرُكَ بِمَا لَقِيَ اللَّهُ بِهِ أَبَاكَ قَالَ قُلْتُ بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ مَا كَلَّمَ اللَّهُ أَحَدًا قَطُّ إِلَّا مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ وَأَحْيَا أَبَاكَ فَكَلَّمَهُ كِفَاحًا فَقَالَ يَا عَبْدِي تَمَنَّ عَلَيَّ أُعْطِكَ قَالَ يَا رَبِّ تُحْيِينِي فَأُقْتَلَ فِيكَ ثَانِيَةً قَالَ الرَّبُّ عَزَّ وَجَلَّ إِنَّهُ قَدْ سَبَقَ مِنِّي أَنَّهُمْ إِلَيْهَا لَا يُرْجَعُونَ قَالَ وَأُنْزِلَتْ هَذِهِ الْآيَةُ { وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا }

Ertinya: “Mahukah aku khabarkan kepadamu berita gembira tentang ayahmu?” Aku (Jabir menjawab): “Ya! Wahai Rasulullah.” Rasulullah SAW menyambung: “Allah tidak berbicara dengan sesiapapun secara terus melainkan di sebalik tabir. (Pun begitu) Allah menghidupkan ayahmu (di alam barzakh) lalu berbicara dengannya secara terus (berdepan tanpa perantara) seraya berkata: Wahai hambaku! Pintalah (apa sahaja), pasti akan Aku tunaikan! Ayahmu menjawab: Wahai Tuhanku, hidupkan aku sekali lagi agar aku dapat mati (syahid) kerana (agama)Mu buat kali kedua. Allah menjawab: (ITU TIDAK MUNGKIN BERLAKU KERANA) TELAH TETAP DARI (KEPUTUSANKU) bahawa sesungguhnya mereka (yang mati) tidak akan kembali lagi ke dunia. Rasulullah menyambung: Berikutan itu Allah menurunkan ayat ini: “Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; (Ali ‘Imran [3:169]) (Sunan al-Tirmidhi).

Situasi yang sama boleh difaham dari kisah lelaki soleh (bernama Habib al-Najjar) yang mati dibunuh dalam kisah surah Yasin. Firman Allah:


قِيلَ ادْخُلِ الْجَنَّةَ قَالَ يَا لَيْتَ قَوْمِي يَعْلَمُونَ

 (26)



 بِمَا غَفَرَ لِي رَبِّي وَجَعَلَنِي مِنَ الْمُكْرَمِينَ
 (27)


Ertinya: (Setelah dia mati) lalu dikatakan kepadanya: "Masuklah ke dalam Syurga". Ia berkata; "Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui - "Tentang perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku, serta dijadikannya daku dari orang-orang yang dimuliakan" (Yasin[36:26-27]).

Beliau yang mati syahid ingin kembali ke dunia untuk menasihati kaumnya agar beriman kepada Allah, tetapi hasratnya turut dihalang. Ini sebabnya beliau menggunakan lafaz “Alangkah baiknya” kerana ia adalah harapan yang tidak mampu dicapai.

Walau berjela hujah naqli (wahyu) dan aqli (logik) diutarakan bagi menafikan kepercayaan karut ini, orang jahil yang TIADA DISIPLIN ILMU ISLAM akan menyanggah dengan ayat “SERIBU GUNA” mereka iaitu: “IA TIDAK MUSTAHIL PADA KEKUASAAN ALLAH KERANA ALLAH ITU MAHA BERKUASA. BOLEH SAHAJA ALLAH DENGAN KUASANYA YANG TIDAK TERBATAS MEMBEBASKAN ROH YANG BERIMAN PADA BULAN RAMADHAN ATAU MALAM JUMAAT UNTUK PULANG KE DUNIA.”

Jika begitu logik mereka, maka ini jawapannya:

“Malam tadi saya didatangi Jibril AS. Jibril memeluk saya erat sambil mengajarkan saya surah al-‘Alaq. Sejurus selepas itu saya DILANTIK SEBAGAI NABI akhir ZAMAN SELEPAS NABI MUHAMMAD SAW. Jadi, anda semua perlu beriman kepada kerasulan saya. Jika ada yang tidak bersetuju dengan perlantikan saya sebagai Rasul, maka ini hujah “SERIBU GUNA” saya: “IA TIDAK MUSTAHIL PADA KEKUASAAN ALLAH KERANA ALLAH ITU MAHA BERKUASA. BOLEH SAHAJA ALLAH DENGAN KUASANYA YANG TIDAK TERBATAS MELANTIK SAYA SEBAGAI NABI AKHIR ZAMAN SELEPAS NABI MUHAMMAD.”

Inilah antara contoh “DISIPLIN CACA MARBA” dalam agama yang digunapakai oleh sesetengah orang jahil. Memang Allah Maha Berkuasa untuk melakukan apa sahaja, tetapi perlu dipahat kemas dalam hati bahawa Allah juga sudah meletakkan Sunnatullah atau undang-undangNya yang tidak akan diubah. Antara Sunnatullah yang tidak akan berubah sampai kiamat adalah roh orang yang sudah mati tidak boleh pulang sama sekali ke dunia untuk apa sahaja tujuan.


Sebarang dakwaan menyanggah hukum dan undang-undang Allah ini wajib ditolak. Jika tidak, agama suci ini akan jadi “agama secukup rasa” yang bergantung kepada penganutnya. Jika mahu lebih pedas tambahlah cilinya. Jika mahu lebih masin, tambahlah garamnya. Jika mahu lebih manis, tambahlah gulanya. Jika ini disiplin memahami agama ini, hilanglah keagungannya dan runtuhlah kegemilangannya.



* Jika anda belum yakin dengan rencana ini.. Pertimbangkanlah juga pandangan tokoh agama yang lain seperti Mufti Wilayah, Datok Dr. Harun Din dan Dr Zaharuddin;







* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:


* Dapatkan buku penulis:






KEWAJIPAN PUASA DI BULAN RAMADHAN, PUASA HARI ASYURA

(1)
باب وُجُوبِ صَوْمِ رَمَضَانَ
Bab Kewajipan Puasa Pada Bulan Ramadhan
Chapter: Fasting is obligatory in (the month of) Ramadan

وَقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى: {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ} البقرة: 183


Sahih Bukhari No. 1760
Sahih Bukhari No. 1893 (Fu'ad Abdul Baqi)


حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ يَزِيدَ بْنِ أَبِي حَبِيبٍ أَنَّ عِرَاكَ بْنَ مَالِكٍ حَدَّثَهُ أَنَّ عُرْوَةَ أَخْبَرَهُ


 أَنَّ قُرَيْشًا كَانَتْ تَصُومُ يَوْمَ عَاشُورَاءَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ ثُمَّ أَمَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِصِيَامِهِ حَتَّى فُرِضَ رَمَضَانُ

 وَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

 مَنْ شَاءَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ شَاءَ أَفْطَرَ


Telah menceritakan kepada kami [Qutaibah bin Sa'id] telah menceritakan kepada kami [Al Laits] daripada [Yazid bin Abu Habib] bahawa ['Irak bin Malik] menceritakan kepadanya bahawa ['Urwah] mengabarkan kepadanya 


Bahawa orang-orang Quraisy pada zaman Jahiliyah biasa melaksanakan puasa hari 'Asyura'. Kemudian Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan untuk melaksanakannya pula hingga datang kewajiban puasa Ramadhan. 

Dan kemudian Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 

"Siapa yang mau melaksanakannya silakan dan siapa yang tidak mau juga tidak apa".


Narrated `Aisha:

(The tribe of) Quraish used to fast on the day of Ashura' in the Pre-Islamic period, and then Allah's Apostle ordered (Muslims) to fast on it till the fasting in the month of Ramadan was prescribed; 

whereupon the Prophet (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) said, 

"He who wants to fast (on 'Ashura') may fast, and he who does not want to fast may not fast."

In-book reference : Book 30, Hadith 3
USC-MSA web (English) reference : Vol. 3, Book 31, Hadith 117
(deprecated numbering scheme) 


Hadis Penguat :
Sahih Bukhari 4141 (4501, Berdasarkan Fu'ad Abdul Baqi)
Sahih Bukhari 4142 (4502, Berdasarkan Fu'ad Abdul Baqi)
Sahih Muslim 1897 (1125, Berdasarkan Syarh shahih Muslim)
Sahih Muslim 1900 (1125, Berdasarkan Syarh shahih Muslim)
Sahih Muslim 1901 (1125, Berdasarkan Syarh shahih Muslim)
Sunan Abu Daud 2052 (2404, Berdasarkan Baitul Afkar Ad Dauliah)
Sunan Abu Daud 2087 (2443, Berdasarkan Baitul Afkar Ad Dauliah)
Musnad Ahmad 4956 (5203, 5204, Berdasarkan Muasasah Ar Risalah)
Musnad Ahmad 6010 (6292, Berdasarkan Muasasah Ar Risalah)
Musnad Ahmad 16286 
Musnad Ahmad 24874

KEWAJIPAN PUASA DI BULAN RAMADHAN, PUASA HARI 'ASYURA

(1)
باب وُجُوبِ صَوْمِ رَمَضَانَ
Bab Kewajipan Puasa Pada Bulan Ramadhan
Chapter: Fasting is obligatory in (the month of) Ramadan

وَقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى: {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ} البقرة: 183



Sahih Bukhari No. 1759

Sahih Bukhari No. 1892 (Fu'ad Abdul Baqi)

حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ نَافِعٍ


 صَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَاشُورَاءَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانُ تُرِكَ

 وَكَانَ عَبْدُ اللَّهِ لَا يَصُومُهُ إِلَّا أَنْ يُوَافِقَ صَوْمَهُ


Telah menceritakan kepada kami [Musaddad] telah menceritakan kepada kami [Isma'il] daripada [Ayyub] daripada [Nafi'

daripada [Ibnu'Umar radhiallahu 'anhuma] berkata: 

"Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melaksanakan puasa hari 'Asyura' (10 Muharam) lalu memerintahkan (para sahabat) untuk melaksanakannya pula. Setelah Allah mewajibklan puasa Ramadhan, maka puasa hari 'Asyura' ditinggalkan. 

Dan 'Abdullah bin 'Umar radliallahu 'anhu tidaklah melaksanakan puasa hari 'Asyura' kecuali bila bertepatan dengan hari-hari puasa yang biasa dikerjakannya".


Narrated Ibn `Umar:

The Prophet (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) observed the fast on the 10th of Muharram ('Ashura), and ordered (Muslims) to fast on that day, but when the fasting of the month of Ramadan was prescribed, the fasting of the 'Ashura' was abandoned. 

`Abdullah did not use to fast on that day unless it coincided with his routine fasting by chance.

In-book reference : Book 30, Hadith 2
USC-MSA web (English) reference : Vol. 3, Book 31, Hadith 116
(deprecated numbering scheme)


Hadis Penguat :
Sahih Bukhari 1862
Sunan Abu Daud 2086

Musnad Ahmad 4253

KEWAJIPAN PUASA DI BULAN RAMADHAN

(1)
باب وُجُوبِ صَوْمِ رَمَضَانَ
Bab Kewajipan Puasa Pada Bulan Ramadhan
Chapter: Fasting is obligatory in (the month of) Ramadan 

وَقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى: {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ} البقرة: 183




Sahih Bukhari No. 1758
Sahih Bukhari No. 1891 (Fu'ad Abdul Baqi)



 أَنَّ أَعْرَابِيًّا جَاءَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَائِرَ الرَّأْسِ فَقَالَ

 يَا رَسُولَ اللَّهِ أَخْبِرْنِي مَاذَا فَرَضَ اللَّهُ عَلَيَّ مِنْ الصَّلَاةِ

 فَقَالَ

 الصَّلَوَاتِ الْخَمْسَ إِلَّا أَنْ تَطَّوَّعَ شَيْئًا

 فَقَالَ

 أَخْبِرْنِي مَا فَرَضَ اللَّهُ عَلَيَّ مِنْ الصِّيَامِ

 فَقَالَ

 شَهْرَ رَمَضَانَ إِلَّا أَنْ تَطَّوَّعَ شَيْئًا

 فَقَالَ

 أَخْبِرْنِي بِمَا فَرَضَ اللَّهُ عَلَيَّ مِنْ الزَّكَاةِ

 فَقَالَ فَأَخْبَرَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَرَائِعَ الْإِسْلَامِ

 قَالَ

 وَالَّذِي أَكْرَمَكَ لَا أَتَطَوَّعُ شَيْئًا وَلَا أَنْقُصُ مِمَّا فَرَضَ اللَّهُ عَلَيَّ شَيْئًا

 فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

 أَفْلَحَ إِنْ صَدَقَ أَوْ دَخَلَ الْجَنَّةَ إِنْ صَدَقَ


Telah menceritakan kepada kami [Qutaibah bin Sa'id] telah menceritakan kepada saya [Isma'il bin Ja'far] daripada [Abu Suhail] daripada [Bapanya]

daripada [Tholhah bin 'Ubaidullah]; 

Ada seorang 'Arab Baduy datang kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam keadaan kepalanya penuh debu /  rambut tidak terurus lalu berkata; 

"Wahai Rasulullah, ceritakan kepadaku apa yang telah Allah wajibkan buatku tentang solat?". 

Maka Beliau shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: 

"Solat lima waktu kecuali bila kamu mau menambah dengan yang tathowwu' (sunnat) ".

Orang itu bertanya lagi: 

"Lalu ceritakan kepadaku apa yang telah Allah wajibkan buatku tentang shaum (puasa)?". 

Maka Beliau shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: 

"Shaum di bulan Ramadhan kecuali bila kamu mau menambah dengan yang tathowwu' (sunnat) ".

Orang itu bertanya lagi: 

"Lalu ceritakan kepadaku apa yang telah Allah wajibkan buatku tentang zakat?". 

Berkata, Tholhah bin 'Ubaidullah radliallahu 'anhu: Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjelaskan kepada orang itu tentang syari-at-syari'at Islam. 

Kemudian orang itu berkata: 

"Demi Dzat yang telah memuliakan anda, Aku tidak akan mengerjakan yang sunnah sekalipun, namun aku pun tidak akan mengurangi satupun dari apa yang telah Allah wajibkan buatku". 

Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berkata: 

"Dia akan beruntung jika jujur menepatinya atau dia akan masuk syurga jika jujur menepatinya ".



A bedouin with unkempt hair came to Allah's Messenger (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) and said, 

"O Allah's Messenger (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ)! Inform me what Allah has made compulsory for me as regards the prayers." 

He replied: 

"You have to offer perfectly the five compulsory prayers in a day and night (24 hours), unless you want to pray Nawafil." 

The bedouin further asked, 

"Inform me what Allah has made compulsory for me as regards fasting." 

He replied, 

"You have to fast during the whole month of Ramadan, unless you want to fast more as Nawafil." 

The bedouin further asked, 

"Tell me how much Zakat Allah has enjoined on me." 

Thus, Allah's Messenger (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) informed him about all the rules (i.e. fundamentals) of Islam. 

The bedouin then said, 

"By Him Who has honored you, I will neither perform any Nawafil nor will I decrease what Allah has enjoined on me. 

Allah's Messenger (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) said, 

"If he is saying the truth, he will succeed (or he will be granted Paradise).


In-book reference : Book 30, Hadith 1
USC-MSA web (English) reference : Vol. 3, Book 31, Hadith 115
(deprecated numbering scheme)


Hadits Penguat :





Sunday, May 13, 2018

SAHIH BUKHARI 6554 (7081) & 6555 (7082) : MENJAUHI FITNAH


باب تَكُونُ فِتْنَةٌ الْقَاعِدُ فِيهَا خَيْرٌ مِنَ الْقَائِمِ
Bab Sabda Nabi Akan Ada Fitnah, Orang Yang Duduk Pada Masa Fitnah Itu Lebih Baik Daripada Yang Berdiri
Chapter: There will be Fitnah during which a sitting person will be better than standing one


Sahih Bukhari No. 6554

 ح 


 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ

 قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

 سَتَكُونُ فِتَنٌ الْقَاعِدُ فِيهَا خَيْرٌ مِنْ الْقَائِمِ وَالْقَائِمُ فِيهَا خَيْرٌ مِنْ الْمَاشِي وَالْمَاشِي فِيهَا خَيْرٌ مِنْ السَّاعِي مَنْ تَشَرَّفَ لَهَا تَسْتَشْرِفْهُ فَمَنْ وَجَدَ مِنْهَا مَلْجَأً أَوْ مَعَاذًا فَلْيَعُذْ بِهِ



Telah menceritakan kepada kami [Muhammad bin Ubaidullah] telah menceritakan kepada kami [Ibrahim bin Sa'd] daripada [ayahnya] daripada [Abu Salamah bin Abdurrahman

daripada [Abu Hurairah

-melalui jalur periwayatan lain- 

[Ibrahim] mengatakan, dan telah menceritakan kepada kami [Shalih bin Kaisan] daripada [Ibnu Syihab] daripada [Sa'id bin Musayyab

daripada [Abu Hurairah] menuturkan; 

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 

"Akan terjadi fitnah, ketika itu yang duduk lebih baik daripada yang berdiri, yang berdiri lebih baik daripada yang berjalan, yang berjalan lebih baik daripada yang berlari, barangsiapa berusaha menghadapi fitnah itu, justru fitnah itu akan mempengaruhinya, maka barangsiapa mendapat tempat berlindung atau tempat bersembunyi, hendaklah ia berlindung diri di tempat itu."



Narrated Abu Huraira:


Allah's Messenger (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) said, 

"There will be afflictions (in the near future) during which a sitting person will be better than a standing one, and the standing one will be better than a walking one, and the walking one will be better than a running one, and whoever will expose himself to these afflictions, they will destroy him. So whoever can find a place of protection or refuge from them, should take shelter in it."

In-book reference : Book 92, Hadith 33
USC-MSA web (English) reference : Vol. 9, Book 88, Hadith 203
(deprecated numbering scheme)


Hadits Penguat :

Sahih Bukhari 6555 (7082 - Fu'ad Abdul Baqi)
Sahih Muslim 5136 (2886 - Syarh shahih Muslim)
Sahih Muslim 5138 (2887 - Syarh shahih Muslim)
Sunan Tirmidzi 2120 (2194 - Maktabatu al Ma'arif Riyadh)
Musnad Ahmad 1369 (1446 - Berdasarkan Muasasah Ar Risalah)
Musnad Ahmad 1523 (1609 - Berdasarkan Muasasah Ar Risalah)
Musnad Ahmad 7464 (7796 - Berdasarkan Muasasah Ar Risalah)
Musnad Ahmad 19587
Musnad Ahmad 20154


********************************************************************************************************

Sahih Bukhari No. 6555
Sahih Bukhari No. 7082 (Fu'ad Abdul Baqi)




 أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ

 قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

 سَتَكُونُ فِتَنٌ الْقَاعِدُ فِيهَا خَيْرٌ مِنْ الْقَائِمِ وَالْقَائِمُ خَيْرٌ مِنْ الْمَاشِي وَالْمَاشِي فِيهَا خَيْرٌ مِنْ السَّاعِي مَنْ تَشَرَّفَ لَهَا تَسْتَشْرِفْهُ فَمَنْ وَجَدَ مَلْجَأً أَوْ مَعَاذًا فَلْيَعُذْ بِهِ


Telah menceritakan kepada kami [Abul Yaman] Telah mengabarkan kepada kami [Syu'aib] daripada [Az Zuhri] telah mengabarkan kepadaku [Abu Salamah bin Abdurrahman], 

bahwasanya [Abu Hurairah] mengatakan, 

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 

"Akan terjadi fitnah, orang yang duduk pada saat itu lebih baik daripada orang yang berdiri, orang yang berdiri lebih baik daripada orang yang berjalan, orang yang berjalan lebih daripada yang berlari, barangsiapa berusaha menghadapi fitnah itu, justru fitnah itu akan mempengaruhinya, maka barangsiapa mendapat tempat berlindung atau tempat persembunyian, hendaklah ia berlindung diri di tempat itu."


Narrated Abu Huraira:

Allah's Messenger (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) said, 

"There will be afflictions (in the near future) during which a sitting person will be better than a standing one, and the standing one will be better than a walking one, and the walking one will be better than a running one, and whoever will expose himself to these afflictions, they will destroy him. So whoever can find a place of protection or refuge from them, should take shelter in it."

In-book reference : Book 92, Hadith 33
USC-MSA web (English) reference : Vol. 9, Book 88, Hadith 203
(deprecated numbering scheme)


Hadits Penguat :

Sahih Muslim 5136 (2886 - Syarh shahih Muslim)
Sahih Muslim 5138 (2887 - Syarh shahih Muslim)
Sunan Tirmidzi 2120 (2194 - Maktabatu al Ma'arif Riyadh)
Musnad Ahmad 1369 (1446 - Berdasarkan Muasasah Ar Risalah)
Musnad Ahmad 1523 (1609 - Berdasarkan Muasasah Ar Risalah)
Musnad Ahmad 7464 (7796 - Berdasarkan Muasasah Ar Risalah)
Musnad Ahmad 19587
Musnad Ahmad 20154