حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ وَحَدَّثَنَا يَزِيدُ أَخْبَرَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ عَنْ عَاصِمِ بْنِ أَبِي النَّجُودِ عَنْ أَبِي وَائِلٍ
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ
خَطَّ لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَطًّا ثُمَّ قَالَ هَذَا سَبِيلُ اللَّهِ ثُمَّ خَطَّ خُطُوطًا عَنْ يَمِينِهِ وَعَنْ شِمَالِهِ ثُمَّ قَالَ هَذِهِ سُبُلٌ
قَالَ يَزِيدُ مُتَفَرِّقَةٌ عَلَى كُلِّ سَبِيلٍ مِنْهَا شَيْطَانٌ يَدْعُو إِلَيْهِ ثُمَّ قَرَأَ
{ إِنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ }
Telah menceritakan kepada kami Abdurrahman bin Mahdi dan telah menceritakan kepada kami Yazid telah mengabarkan kepada kami Hammad bin Zaid dari 'Ashim bin Abu An Najud dari Abu Wa`il
dari Abdullah bin Mas'ud ia berkata;
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam membuatkan kami satu garis kemudian beliau bersabda: "Ini adalah jalan Allah." Kemudian beliau menggaris beberapa garis dari sebelah kanan dan sebelah kirinya, lalu beliau bersabda: "Ini adalah banyak jalan."
Yazid berkata; "Bermacam-macam, pada setiap jalan ada syaitan yang mengajak kepadanya, kemudian beliau membaca ayat:
(Dan bahawa (yang kami perintahkan ini) adalah jalanKu yang lurus, Maka ikutilah Dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), Kerana jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalannya)."
Sumber : Ahmad
Kitab : Musnad sahabat yang banyak meriwayatkan hadits
Bab : Musnad Abdullah bin Mas'ud Radhiyallahu ta'ala 'anhu
مسند عبد الله بن مسعود رضي الله تعالى عنه
No. Hadis : 3928 (I/435)
ISNAD HASAN MENURUT SYUA'IB AL-ARNA'UTH
*****************