MeTaLoYaL

tHe diFFErent isnt AlwaYz better But THE besT is always Different..
Showing posts with label KITAB MUSNAD PENDUDUK SYAM (مسند الشاميين). Show all posts
Showing posts with label KITAB MUSNAD PENDUDUK SYAM (مسند الشاميين). Show all posts

Sunday, August 24, 2025

MUSNAD AHMAD 16488 : PENGHULU ISTIGHFAR

Musnad Ahmad 
(مسند الإمام أحمد بن حنبل)

مسند الشاميين
حديث شداد بن أوس رضي الله تعالى عنه

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ عَنْ حُسَيْنٍ الْمُعَلِّمِ قَالَ حَدَّثَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ بُرَيْدَةَ عَنْ بُشَيْرِ بْنِ كَعْبٍ عَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ يَقُولَ الْعَبْدُ اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِالنِّعْمَةِ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي إِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ قَالَ إِنْ قَالَهَا بَعْدَمَا يُصْبِحُ مُوقِنًا بِهَا ثُمَّ مَاتَ كَانَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ وَإِنْ قَالَهَا بَعْدَمَا يُمْسِي مُوقِنًا بِهَا ثُمَّ مَاتَ كَانَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ

Kitab Musnad Penduduk Syam
Bab Hadits Syaddad bin Aus Radliyallahu ta'ala 'anhu

Musnad Ahmad 16488: 

Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Sa'id dari Husain Al Mu'allim berkata: telah menceritakan kepadaku Abdullah bin Buraidah dari Busyair bin Ka'ab dari Syaddad bin Aus dari Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: 

"Sayidul istighfar adalah seorang hamba berkata 'Ya Alläh, Engkaulah Tuhanku, tiada tuhan yang layak disembah selain Engkau. Engkau menciptakanku, dan aku adalah hamba-Mu. Aku berusaha semampu mungkin menunaikan janji dan ikrarku kepada-Mu. Aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan yang telah aku lakukan. Aku mengakui nikmat-Mu ke atasku, dan aku mengakui dosa-dosaku. Maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa selain Engkau

(Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam) bersabda: "Jika dia mengatakannya pada waktu pagi hari dalam keadaan yakin dengan-Nya, lalu dia mati maka dia termasuk dari penduduk surga. Jika dia membacanya pada waktu petang dalam keadaan yakin, lalu dia mati maka dia termasuk dari penduduk syurga."

ISNAD SAHIH MENURUT SYUA'IB AL-ARNA'UTH