MeTaLoYaL

tHe diFFErent isnt AlwaYz better But THE besT is always Different..
Showing posts with label AQIDAH (اَلْعَقِيْدَةُ). Show all posts
Showing posts with label AQIDAH (اَلْعَقِيْدَةُ). Show all posts

Saturday, October 8, 2022

AKIDAH YANG MEMBAWA KE SYURGA [Aqidah al-salaf wa ashab al-hadith] (PENDAHULUAN)

AL-IMAM al-Hafiz Abu 'Uthman Isma'il ibn 'Abd al-Rahman As-Sabuni al-Shafi'ei ialah seorang Shaykhul Islam (373H-449H).

Lahir di Bushanj, sekitar Harat pada pertengahan bulan Jumada al-Akhirah tahun 373H. Bapa beliau Abu Nasr 'Abd al-Rahman segrang alim dan pendakwah yang hebat sehingga dibunuh kerana mempertahankan mazhab Ahl Sunnah.


Beliau tokoh ulama yang gigih menuntut ilmu, menjadi wa'iz ketika berumur 10 tahun. Majlis beliau dihadiri oleh tokoh ulama pada masa itu. Antaranya gurunya yang mendidik dan mengasuhnya al-Imam Sahl in Muhammad al-Sa'luki, al-Imam Abu Ishaq al-Isfirayini, al-Imam Abu Bakr in Furak. Al-Sabuni sangat cerdik, fasih berbahasa Arab dan Parsi.


Beliau mendengar hadith di Naysabur, Sarakhs, Harat, Syam, Hijaz, dan Jibal. Al-Sabuni sangat memuliakan hadith. Setiap matan hadith dihafaz beserta sanad-sanadnya dan beliau tidak mengajar hadith melainkan dalam keadaan bersuci.


Menurut al-Zahabi, beliau mengambil hadith daripada Abu 'Abdullah ibn Muhammad, Abu Bakr in Mihran, Abu Muhammad al-Mikhladi, Abu Tahir in Khuzaymah, Abu al-Husayn al-Khaffaf, 'Abd al-Rahman Abi Shurayh, Zahir in Ahmad al-Faqih dan ulama sezaman dengan mereka.


Antara tokoh yang meriwayatkan hadith daripada beliau pula ialah al -Kattani, 'Ali Husayn Sasra, Naja ibn Ahmad, Abu al-Qasim in Abi al-'Ala', al-Baihaqi, anaknya 'Abd al-Rahman ibn Isma'il dan ramai lagi dan yang terakhir Muhammad Fadl al-Farawi. (al-Zahabi, Siyar, jld 18, ms.41)


Beliau pedang sunnah, penghancur bid'ah. Ketokohan beliau dalam tafsir ditulis oleh al-Suyuti dan al-Dawudi dalam Tabaqat al-Mufassirin.


Al-Imam al-Baihaqi berkata, "Beliau adalah syaikhul Islam sejati, dan imam kaum muslimin sebenar-benarnya." 


Abu 'Abdillah al-Maliki berkata,"Abu 'Uthman disaksikan oleh tokoh-tokoh ulama' sebagai sempurna dalam hafazan dan tafsir."


Al-Hafiz 'Abd al-Ghafir berkata, "Seorang ulama' yang unggul di zamannya, shaykhul Islam, mufassir, mubaddith, waiz, tokoh besar, berdakwah mengajarkan agama selama 70 tahun, solat di masjid selama 20 tahun, seorang hafiz hadith, banyak mendengar hadith dan mengarang,..."

Abu Tahir al-Silafi berkata al -Sabuni wafat setelah pulang dari haji pada 4 Muharram tahun 449H dan jenazah beliau disolatkan oleh anaknya Abu Bakr. 


Buku ini asalnya ditulis dalam bentuk riwayah beserta sanad-sanad al-Sabuni seperti penulisan kitab-kitab hadith.


Dalam terjemahan ini, sanad-sanad tersebut tidak disertakan untuk meringkaskan dan memudahkan.


Kelebihan Buku Aqidah Salaf al-Sabuni 


Penulis buku ini ialah seorang imam, hafiz hadith, mufassir, shafi'ei, salafi, pejuang sunnah, pemancung bid'ah. Buku ini ringkas dan mudah difahami, mengikut manhaj ahl sunnah dan Ahli Hadith, bersih dari kebingungan falsafah 'aqliyyah, debat dan kalam.








































Friday, December 10, 2021

DEFINISI/MAKSUD AQIDAH/AKIDAH

DEFINISI AQIDAH

Aqidah (اَلْعَقِيْدَةُ) menurut bahasa, berasal dari kata al-'aqd (اَلْعَقْدُ), iaitu ikatan, memintal, menetapkan, menguatkan, mengikat dengan kuat, berpegang teguh, yang dikuatkan, meneguhkan; dan di antaranya yakin dan keteguhan.

Al-'aqd lawannya adalah al-hall (terurai). Dikatakan: "' Aqadahu ya'qiduhu 'aqdan, di antaranya 'uqdatul yamiin wan nikaah (akad sumpah dan nikah).


Allah تَبَارَكَ وَتَعَالَى berfirman :

لَا يُؤَاخِذُكُمُ اللَّهُ بِاللَّغْوِ فِي أَيْمَانِكُمْ وَلَكِنْ يُؤَاخِذُكُمْ بِمَا عَقَّدْتُمُ الْأَيْمَانَ......
“Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang disengaja.........."
(QS. Al-Maa-idah: 89)

Aqidah adalah hukum yang tidak menerima keraguan di dalamnya bagi orang yang meyakininya. 'Aqidah dalam agama, maksudnya adalah keyakinan tanpa perbuatan, seperti keyakinan tentang keberadaan Allah عَزّوَجَلّ dan diutusnya Rasul. Dan bentuk jamak (plural)nya adalah 'aqaa-id.[1]

[1] Lihat kamus-kamus bahasa: Lisaanul 'Arab, al-Qaamuus al-Muhiith, al-Mu'jamul Wasiith, topik عَقَدَ

**********

Ringkasnya, apa yang diyakini oleh hati manusia secara kukuh, maka itu adalah keyakinan, baik yang hak mahupun batil.

Menurut istilah, 'aqidah adalah hal-hal yang wajib dibenarkan oleh hati dan jiwa merasa tenteram kepadanya, sehingga menjadi keyakinan kukuh yang tidak tercampur oleh keraguan.

Ertinya, keimanan kukuh yang tidak dapat ditembus oleh keraguan bagi orang yang meyakininya, dan keimanan tersebut wajib selaras dengan kenyataan, tidak menerima keraguan dan dugaan. Jika ilmu tidak sampai pada darjat keyakinan yang kuat, maka tidak boleh disebut 'akidah.

Disebutkan akidah kerana manusia mempertalikan hatinya kepadanya.

Aqidah Islamiyyah adalah keimanan yang kukuh kepada Rububiyyah Allah عَزّوَجَلّ, Uluhiyyah-Nya, serta Asma' dan Shifat-Nya, Malaikat-Malaikat-Nya, Kitab-Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari Akhir, qadar yang baik dan buruknya, semua yang ada dasarnya berupa perkara-perkara ghaib, ushuluddin (pokok-pokok agama), apa yang menjadi kesepakatan Salafush Shalih, dan ketundukan kepada Allah secara paripurna (sempurna/menyeluruh) dalam perintah, hukum, dan ketaatan, serta ittiba' (mengikuti) Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Aqidah Islamiyyah, jika disebut secara mutlak, ia adalah aqidah Ahlus Sunnah wal Jama'ah; kerana itulah Islam yang diredhai oleh Allah عَزّوَجَلّ sebagai agama bagi hamba-hamba-Nya. Ia adalah aqidah tiga generasi terbaik, iaitu para sahabat, Tabi'in, dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik.

Aqidah Islamiyyah memiliki nama-nama lain menurut Ahlus Sunnah wal Jama'ah sebagai sinonimnya dan menunjukkan pada pengertian tersebut, di antaranya at-tauhid, as-sunnah, ushuluddin, al-fiqhul akbar, asy-syariah, al-iman.

Ini semua adalah sebutan paling masyhur yang diberikan Ahlus Sunnah terhadap ilmu aqidah.


الوَجِيْزُ فى عقيدة السلف الصالح اهل السنة والجماعة

AKIDAH SALAF 

AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH

[ ABDULLAH BIN ABDIL HAMID AL-ATSARI ]


https://bushraniaga.com/aqidah-salaf-aswj