MeTaLoYaL

tHe diFFErent isnt AlwaYz better But THE besT is always Different..

Saturday, October 8, 2022

AKIDAH YANG MEMBAWA KE SYURGA [Aqidah al-salaf wa ashab al-hadith] (PENDAHULUAN)

AL-IMAM al-Hafiz Abu 'Uthman Isma'il ibn 'Abd al-Rahman As-Sabuni al-Shafi'ei ialah seorang Shaykhul Islam (373H-449H).

Lahir di Bushanj, sekitar Harat pada pertengahan bulan Jumada al-Akhirah tahun 373H. Bapa beliau Abu Nasr 'Abd al-Rahman segrang alim dan pendakwah yang hebat sehingga dibunuh kerana mempertahankan mazhab Ahl Sunnah.


Beliau tokoh ulama yang gigih menuntut ilmu, menjadi wa'iz ketika berumur 10 tahun. Majlis beliau dihadiri oleh tokoh ulama pada masa itu. Antaranya gurunya yang mendidik dan mengasuhnya al-Imam Sahl in Muhammad al-Sa'luki, al-Imam Abu Ishaq al-Isfirayini, al-Imam Abu Bakr in Furak. Al-Sabuni sangat cerdik, fasih berbahasa Arab dan Parsi.


Beliau mendengar hadith di Naysabur, Sarakhs, Harat, Syam, Hijaz, dan Jibal. Al-Sabuni sangat memuliakan hadith. Setiap matan hadith dihafaz beserta sanad-sanadnya dan beliau tidak mengajar hadith melainkan dalam keadaan bersuci.


Menurut al-Zahabi, beliau mengambil hadith daripada Abu 'Abdullah ibn Muhammad, Abu Bakr in Mihran, Abu Muhammad al-Mikhladi, Abu Tahir in Khuzaymah, Abu al-Husayn al-Khaffaf, 'Abd al-Rahman Abi Shurayh, Zahir in Ahmad al-Faqih dan ulama sezaman dengan mereka.


Antara tokoh yang meriwayatkan hadith daripada beliau pula ialah al -Kattani, 'Ali Husayn Sasra, Naja ibn Ahmad, Abu al-Qasim in Abi al-'Ala', al-Baihaqi, anaknya 'Abd al-Rahman ibn Isma'il dan ramai lagi dan yang terakhir Muhammad Fadl al-Farawi. (al-Zahabi, Siyar, jld 18, ms.41)


Beliau pedang sunnah, penghancur bid'ah. Ketokohan beliau dalam tafsir ditulis oleh al-Suyuti dan al-Dawudi dalam Tabaqat al-Mufassirin.


Al-Imam al-Baihaqi berkata, "Beliau adalah syaikhul Islam sejati, dan imam kaum muslimin sebenar-benarnya." 


Abu 'Abdillah al-Maliki berkata,"Abu 'Uthman disaksikan oleh tokoh-tokoh ulama' sebagai sempurna dalam hafazan dan tafsir."


Al-Hafiz 'Abd al-Ghafir berkata, "Seorang ulama' yang unggul di zamannya, shaykhul Islam, mufassir, mubaddith, waiz, tokoh besar, berdakwah mengajarkan agama selama 70 tahun, solat di masjid selama 20 tahun, seorang hafiz hadith, banyak mendengar hadith dan mengarang,..."

Abu Tahir al-Silafi berkata al -Sabuni wafat setelah pulang dari haji pada 4 Muharram tahun 449H dan jenazah beliau disolatkan oleh anaknya Abu Bakr. 


Buku ini asalnya ditulis dalam bentuk riwayah beserta sanad-sanad al-Sabuni seperti penulisan kitab-kitab hadith.


Dalam terjemahan ini, sanad-sanad tersebut tidak disertakan untuk meringkaskan dan memudahkan.


Kelebihan Buku Aqidah Salaf al-Sabuni 


Penulis buku ini ialah seorang imam, hafiz hadith, mufassir, shafi'ei, salafi, pejuang sunnah, pemancung bid'ah. Buku ini ringkas dan mudah difahami, mengikut manhaj ahl sunnah dan Ahli Hadith, bersih dari kebingungan falsafah 'aqliyyah, debat dan kalam.